16 June, 2011

Photographer Di Hari Perkahwinan Anda !!


Hari ini saya nak bercerita mengenai wedding photographer, ramai yang menganggap tugas jurufoto/photographer mudah tetapi sebenarnya tidak, menangkap gambar bukan perkara yang mudah, iainya satu tugas yang memerlukan kreativiti, stamina, dan PR yang baik !!

Photographer tumbuh seperti cendewan, masing masing ingin menjadi jurufoto perkahwinan kerana menganggap profession ini mampu memberi hasil yang lumayan, ada juga jurufoto yang sengaja meletakkan harga yang murah semata mata ingin mengejar job, secara tidak langsung ia membunuh industri fotografi perkahwinan. Client atau pegantin yang bakal ke jinjang pelamin juga harus bijak didalam memilih photographer perkahwinan, ini adalah kerana dari pendapat saya, ada juga client yang tidak mengira dari segi seni gambar itu yang penting harganya murah, HARUS di ingat sering kali saya berkata pada client, biar harga mahal tetapi jangan lah hasil seni foto itu terlalu murah harganya hingga menampakkan hodoh pada foto itu.

Mengapa saya berkata begini ? Kerana ada juga client yang berkata tak ada bajet, tetapi sedangkan pelamin, bunga/florist, hantaran, entertaiment, baju dan semuanya hampir RM 1x,xxx tetapi apabila seorang photographer meletakkan harga RM 3000, mereka katakan MAHAL.. Tahukah anda bahawa barang barang yang bernilai hampir RM 1x,xxx itu tidak bertahan(bukan semua benda yang boleh disimpan) hingga ke anak cucu pun, tetapi gambar perkahwinan anda sehingga ke anak cucu.

Jadi, saya berharap sangat pada bakal client supaya memikirkan perkara ini dan cari lah photographer perkahwinan yang terbaik, kerana "A Picture is Worth a Thousand Words" .